Selain Snapdragon, MediaTek juga merupakan cip yang popular digunakan pada telefon Android terutamanya kelas pertengahan.

MediaTek kini telah melancarkan 2 cip kelas mercu melalui Dimensity 1200 dan Dimensity 1000.  Kedua-dua cip hadir dengan modem terbina 5G, 8 teras gabungan Cortex-A78 dan Cortex-A55 dan dibina pada proses 6nm.

Sesuatu sedikit mengecewakan kerana kedua-dua cip masih lagi menggunakan GPU dari Mali-G77 MP9, iaitu GPU yang sama pada cip Dimensity 1000 tahun lepas.

Dimensity 1200

Jika Exynos 2100 dan Snapdragon 888 hadir dengan teras dari Cortex-X1, Dimensity 1200 tidak mempunyai teras sama berikutan mereka tidak terlibat dengan program CXC ARM yang membolehkan pengeluar cip untuk membangunkan cip dari Cortex-X1.

Sebaliknya, ia menggunakan senibina 1x Cortex-A78 (3.0GHz), 3x Cortex-A78 (2.6GHz), dan 4x Cortex-A55 (2.0GHz).

Dari segi kepantasan, ia dijangka masih tidak mampu menandingi prestasi Snapdragon 888 ataupun Exynos 2100 jika hanya melihat spesifikasinya.

Namun begitu, dari aspek jangka hayat, ia mungkin bertahan lebih lama disebabkan penggunaan teras lebih cekap tenaga.

Menariknya MediaTek mengatakan cip ini turut menyokong kemampuan ray tracing berasaskan perisian. Disebabkan ia berasaskan perisian, sudah tentu ia tidak setanding seperti ray tracing yang terdapat pada desktop PC.

Ketika pengenalan, MediaTek tidak pula mengumumkan mana-mana pembangun atau permainan dengan sokongan ray tracing ini, namun ada menyenaraikan Tencent Games sebagai kerjasama industri dan penyokong ciri ini.

Selain itu, terdapat juga sokongan 168Hz pada resolusi FHD, kemampuan kamera sehingga 200MP serta sokongan 5G.

Dimensity 1100

Dimensity 11000 merupakan cip kedua diumumkan dengan sedikit turun taraf dari Dimensitu 1200.

Ia dilengkapi dengan senibina 4x Cortex-A78 (2.6GHz) dan 4x Cortex-A55 (2.0GHz) berbeza dengan konfigurasi Dimensity 1200 pada 1+3+4.

Dari segi kemampuan cip, ia menyokong sehingga 144Hz FHD, kamera sehinga 108MP, dan juga sokongan 5G.

Melalui penawaran Dimensity 1100 ini, ia dilihat lebih ditujukan kepada kelas pertengahan premium berbanding mercu.

Menurut MediaTek, telefon pintar dengan kedua-dua cip ini akan mula dipasarkan pada penghujung suku pertama atau permulaan suku kedua 2021.

Antara jenama yang bakal menggunakan cip-cip ini adalah Xiaomi, OPPO, vivo, dan realme.

Sumber: Dimensity 1200, Dimensity 1100