Khabar angin tentang MediaTek akan menggunakan cip pemprosesan 4nm bukanlah sesuatu yang asing lagi. April lalu, mereka dikatakan telah mendapat bekalan daripada TSMC.

Kemudian mereka dilaporkan bakal menjadi yang pertama dalam mengeluarkan cip pemprosesan 4nm di dunia. Terbaru, MediaTek dikhabarkan untuk melancarkan Dimensity 2000 yang hadir dengan binaan pemproses 4nm.

Dikatakan mereka telah menghantar sampel kepada beberapa pengeluar untuk mengujinya dan dijangka akan diumumkan seawal tahun hadapan. Selain itu, ia turut akan dibina berasaskan seni bina ARM V9.

Sekiranya benar, Dimensity 2000 akan menawarkan prestasi lebih cekap dan bakal memberikan saingan terhadap Snapdragon dan Exynos.

Sumber: gizmochina

Baca juga: