Masa kini, pengeluar cip masing-masing sudah pun menghasilkan cip dengan proses 5nm seperti Snapdragon 888, Apple A14, Exynos 2100, dan Kirin 9000.

Namun, hanya MediaTek sahaja yang masih belum mampu untuk menghasilkan cip dengan teknologi 5nm.

Menurut laporan dari Digital Chat Station, MediaTek telah menyasarkan cip 5nm dinamakan Dimensity 2000 mereka namun hanya akan tiba pada tahun 2022 sahaja.

Antara model telefon yang digunakan adalah dari OPPO, vivo, dan juga HONOR. Spesifikasi cip tidak didedahkan, namun sudah tentu ia akan menggunakan teras ARM dari Cortex-A79 yang akan diperkenalkan sekitar pertengahan tahun ini.

MediaTek sebelum ini pun sudah menjadualkan pelancaran cip mereka sebagai pesaing kepada Snapdragon 888 pada 20 Januari, namun cip itu hanya dibina pada proses 6nm.

Seperti yang diketahui umum, lebih kecil binaan cip, lebih kompleks rekaannya, lebih berkuasa, cekap tenaga, dan juga lebih tinggi kos yang perlu dibangunkan.

Sumber: Weibo