Pada awal tahun ini, telah dilaporkan tentang usaha pembangunan cip pemprosesan 3nm oleh Huawei dan 2nm oleh Apple dan TSMC.

Tetapi sebelum kedatangan 3nm dan 2nm, cip pemprosesan 4nm nampaknya akan dipelopori oleh MediaTek.

Sekaligus menjadikan MediaTek sebagai pengeluar cip pemrosesan 4nm pertama di dunia.

Cip 4nm MediaTek itu juga dikhabarkan akan dilancarkan pada tahun ini dan mampu memberikan prestasi yang mampu menandingi cip terbaik keluaran Qualcomm yang ada ketika ini.

Cip 4nm MediaTek itu dijangka akan digunakan pada barisan model telefon pintar premium dan berprestasi tinggi.

Ini sekaligus akan memberikan saingan terhadap pengeluar cip pemprosesan lain dalam segmen telefon pintar premium terbaru tahun ini.

Sumber: Notebook Check

Baca juga: Apple Dan TSMC Dilapor Bekerjasama Untuk Pembangunan Cip 2nm

Huawei Sedang Bangunkan Kirin 9020 Yang Berasaskan Pemproses 3nm