Sebelum ini, banyak laporan mengenai pembangunan cip pemprosesan dengan seni bina 4nm. Antara yang disebut-sebut semestinya TSMC dan Samsung.

Terbaru, MediaTek dijangka akan menjadi yang pertama untuk mengeluarkan cip 4nm tersebut. Dikatakan, pembangunannya akan dilakukan sekitar hujung tahun ini atau awal tahun 2022.

Tambahan lagi, beberapa jenama telefon pintar seperti OPPO, Xiaomi dan juga vivo dilaporkan telah membuat tempahan awal bagi memperoleh cip tersebut.

Dengan laporan ini, bermakna MediaTek bakal menjadi pengeluar terpenting pada masa akan datang terutama dalam barisan telefon pintar berkelas andalan.

Dalam pada itu, MediaTek sebenarnya mendapat bekalan cip 4nm ini daripada TSMC yang berharga US$80 seunit dan pasti cip pemprosesan tersebut adalah lebih baik berbanding 5nm.

Sumber: gizmochina