MEASAT Global Berhad (“MEASAT”) memaklumkan bahawa mereka telah menyumbangkan perkhidmatan internet jalur lebar di 3 pusat vaksinasi COVID-19 (PPV) di negeri Sabah menerusi servis CONNECTme NOW yang berasaskan satelit.

3 PPV itu adalah SK Talungan Telipok yang disambungkan sejak 13 Ogos lalu. Disusuli pula dengan Balai Raya Kg Kolosunan pada 16 Ogos dan SK Babagon Toki pada 17 Ogos 2021.

Servis internet jalur lebar CONNECTme NOW itu memberikan perkhidmatan kepada 2,000 pengguna di 3 PPV tersebut yang mampu mencapai kelajuan sehingga 30Mbps.

jadi dengan adanya servis internet MEASAT ini, ia sekaligus membantu kakitangan barisan hadapan di semua PPV tersebut mengemas kini satus vaksinasi di aplikasi MySejahtera serta memudahkan mereka berhubung dengan kakitangan lain yang berada di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur.

Sumber: MEASAT

Baca juga: MEASAT Dilaporkan Mungkin Akan Membuat Tuntutan Insurans Satelit MEASAT-3

Baca juga: Gangguan Liputan Celcom Di 6 Negeri Kini Berlanjutan Sehingga Ke Bulan Ogos Pula

MEASAT-3 Perlukan Lebih Masa Untuk Distabilkan Semula Isyaratnya