Sebelum ini telah dilaporkan tentang status satelit MEASAT-3 yang disahkan akan ditamatkan perkhidmatannya selepas berlaku satu insiden yang menyebabkan kegagalan thruster sehingga menjejaskan posisi satelit MEASAT-3 telah berlaku.

Akibatnya insiden itu menyebabkan berlaku gangguan ke atas pelbagai perkhidmatan yang bergantung terhadap satelit tersebut seperti Direct-to-Home (DTH), pengagihan saluran video, perkhidmatan telefon mudah alih oleh pihak penyedia perkhidmatan dan juga perkhidmatan Very Small Aperture Terminal (VSAT).

Sehingga kini, MEASAT masih menjalankan siasatan bersama dengan pembangun satelit tersebut iaitu Boeing Satellite Systems (“BSS”) bagi mengetahui punca sebenar insiden tersebut.

Tetapi kini terdapat laporan yang mendakwa masalah satelit MEASAT-3 adalah berpunca daripada bahan sumber bakarnya yang habis lebih awal dari tempoh yang dijangkakan oleh pihak MEASAT

Dakwaan itu dibuat oleh sumber dari pihak insurans yang menjangka pihak MEASAT mungkin akan membuat tuntutan insurans MEASAT-3.

We assume they are going to file an insurance claim, we don’t know for sure, and the claim would be based on the fact that they thought they had more fuel than they did” Sumber dari pihak insurans.

Ura-ura jumlah tuntutan insurans yang akan dituntut oleh MEASAT adalah dianggarkan sekitar $45 juta yang dijangka akan membebankan pihak insurans nanti.

MEASAT-3 sudah pun berkhidmat selama hampir 15 tahun sejak ia dilancarkan pada 12 Disember 2006 dahulu. Jadi, ia sudah hampir ke penghujung hayat perkhidmatannya.

Satelit MEASAT-3 itu dijangka akan digantikan dengan satelit terbaru pada awal tahun 2022 nanti dengan satelit MEASAT-3d.

Sumber: Space News