Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

MEASAT-3d Yang Dilancar Lusa Beri Peluang Rakyat Nikmati Internet Lebih Baik – Annuar Musa

Posted on Jun 21, 2022

Menteri K-KOM, Tan Sri Annuar Musa berkata pelancaran MEASAT-3d selari dengan JENDELA dan akan mengembangkan liputan internet berkelajuan tinggi di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai sambungan.

Dengan itu, kesalinghubungan internet dapat mencapai 100% lantas berikan perkhidmatan internet yang lebih baik pada rakyat Malaysia.

Satelit ke-8 yang dinamakan MEASAT-3d ini akan dilancar ke angkasa dari French Guaiana, Amerika Selatan pada 5:03 pagi lusa, 23 Jun 2022.

Dalam pada itu, beberapa perkhidmatan baharu melalui satelit dijangka hadir seawal Ogos ini.

Kata menteri lagi, kelajuan muat turun 30 Mbps juga dapat ditingkat ke 100 Mbps dengan sokongan High Througput Satellite (HTS).

Penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang lain juga boleh menggunakan MEASAT-3d kepada 3%-5% populasi yang belum mendapat sambungan jalur lebar tanpa wayar seperti ditawarkan MEASAT melalui CONNECTme NOW.

Sumber: BERNAMA

Baca juga:

  • MEASAT Bakal Lancarkan Satelit Baru, Akan Tingkatkan Kelajuan Internet Sehingga 100Mbps Di Kawasan Luar Bandar
  • Penyedia Perkhidmatan Internet Akan Berdepan Tindakan Dari MCMC
  • Disangka Guna DSLR, Telefon Ini Buat Ramai Tidak Percaya Hasil Gambarnya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress