Seperti semua sedia maklum, satelit MEASAT-3 mengalami masalah kedudukan posisi selepas berlakunya kegagalan thruster pada satelit tersebut.

SKMM juga sudah dimaklumkan oleh pihak MEASAT Global Berhad (MEASAT) bahawa mereka telah menggunakan back-up thrusters untuk mengawal satelit berkenaan tanpa sebarang impak kepada operasi dan jangka hayat satelit tersebut.

Menerusi kemas kini status terbaru MEASAT-3 itu, pihak pengurusan MEASAT hari ini memaklumkan yang mereka memerlukan lebih masa bagi menstabilkan sepenuhnya fungsi dan isyarat daripada satelit tersebut.

Ia berhubung dengan aduan daripada pengguna yang memaklumkan ketidak stabilan isyarat yang diterima terhadap servis langganan mereka.

During the course of our monitoring of restored satellite services after a recent anomaly incident on MEASAT-3, we have observed that the levels of intermittent service degradation recorded indicate that additional time will be required to fully complete the complex satellite and signal stabilisation process.” MEASAT.

Sehubungan itu, MEASAT memaklumkan pihak mereka sedang bertungkus lumus menstabilkan semula isyarat daripada satelit tersebut dan melakukan proses penyelenggaraan pada skala penuh bagi memastikan MEASAT-3 beroperasi semula sepenuhnya.

Sumber: MEASAT

Baca juga: Gangguan Perkhidmatan Celcom Di Beberapa Lokasi Di 6 Negeri Berlanjutan Sehingga 4 Julai

Posisi Satelit MEASAT-3 Berubah Punca Gangguan Siaran Astro