Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

MDEC Bersedia Untuk Mempromosikan Industri Sukan Permainan Digital Di Sekolah

Posted on Januari 20, 2018

Sukan permainan digital atau e-sukan sudah mula diterima orang ramai terutamanya di Malaysia. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah pun mengiktiraf e-sukan sebagai salah satu aktiviti sukan dan merancang e-sukan sebagai salah satu acara di Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan diadakan di Perak tahun ini.

Sementara itu, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan melakukan lawatan ke sekolah-sekolah di negara ini dan mendedahkan kepada pelajar tentang potensi industri e-sukan ini.

Mereka akan melakukan ceramah mengenai permainan digital dan mendidik pelajar tentang karier di dalam industri e-sukan. Initiatif kerajaan dalam menyediakan infrastruktur dalam sektor teknologi kreatif telah menghasilkan peluang kepada negara dalam pasaran global berkenaan animasi, efek visual dan media baru termasuk e-sukan.

MDEC percaya yang generasi muda ketika ini cenderung kepada aktiviti-aktiviti kreatif, tidak sama dengan ibu bapa mereka. MDEC telah pun membantu lebih dari 54 syarikat berasaskan permainan dalam tempoh 3 tahun lepas dan syarikat-syarikat ini membawa pulangan sebanyak RM 500 juta dalam bentuk pendapatan.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress