Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

MCMC Sekat 1.8 Bilion Nombor Panggilan ‘Scam’ Sejak 2017 – Fahmi Fadzil

Posted on Januari 22, 2023Januari 22, 2023

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dilapor telah menyekat 1.8 bilion nombor telefon yang digunakan oleh ‘scammer‘ dari 2017 hingga 2022.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diketahui setelah hasil pertemuannya dengan pihak Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama MCMC serta beberapa pihak lain.

{suggest}

Jelasnya, sejak 2018 pula sebanyak 300 juta nombor telefon scammer menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berjaya dikekang, namun kes penipuan itu masih berlaku.

Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai berhati-hati dan menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk membuat laporan jika menjadi mangsa penipuan, supaya tindakan segera dapat diambil bagi mengekang kehilangan wang.

Gambar utama: Telecom Review Asia

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress