Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai untuk berhenti menularkan video tiga beradik yang maut dipercayai terkena renjatan elektrik di Tumpat, Kelantan bagi menghormati mangsa dan privasi keluarga mangsa, selain memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut.
{suggest}
Dalam masa yang sama, MCMC juga telah mengambil langkah untuk perhatian dan tindakan selanjutnya daripada penyedia platform media sosial seperti Meta, TikTok, Twitter dan sebagainya bagi mengekang penularan video berkaitan.
Bagi menghentikan penularan video seperti itu, pengguna media sosial turut disarankan untuk membuat laporan secara terus terhadap kandungan sensitif dan tidak sesuai untuk tatapan umum kepada penyedia platform.
Sumber: MCMC