Baru-baru ini, Celcom dan Digi telah mengesahkan kedua-dua pihak dalam fasa akhir rundingan untuk bergabung dan membentuk sebuah syarikat yang dinamakan sebagai Celcom Digi Berhad. Transaksi untuk gabungan ini akan dimuktamadkan dalam suku kedua 2021.

Dengan gabungan ini kelak, Celcom Digi Berhad dijangka akan membentuk sebuah syarikat telco terbesar di Malaysia dengan anggaran perkongsian pasaran sebanyak 60%.

Walaupun begitu, kedua-dua pihak juga mengatakan (via Lowyat.net) akan mengekalkan perkhidmatan dengan dua jenama yang berbeza dalam pasaran.

Terbaru, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut memberi jaminan bahawa pihaknya mempunyai cara dalam mengelak monopoli dan untuk memastikan pengguna dilindungi.

Akan tetapi, sebagai pengawal selia, pihaknya tidak akan mengulas penggabungan tersebut sehingga ada penerangan yang lebih jelas berhubung perjanjian berkenaan.

Sumber: FMT