Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Scam Maybank

Maybank: Waspada Aplikasi Palsu Dan Penipu ‘Online’

Posted on Jun 17, 2022

Maybank Bhd mengingatkan pelanggan mereka untuk sentiasa berjaga-jaga akan penipu atas talian yang sentiasa mencari jalan baharu untuk melakukan aktiviti ‘kotor’. Terutamanya apabila kenaikan penggunaan pembayaran di atas talian pasca pandemik Covid-19.

Berikut merupakan perkara yang ditekankan pihak Maybank kepada pelanggan mereka:

Berhati-hati dengan laman web dan aplikasi perbankan palsu

Scammers pada hari ini sangat bijak kerana telah menyembunyikan perisian hasad dalam laman web dan aplikasi palsu untuk mencuri maklumat perbankan pengguna.

Jangan tertipu dengan iklan yang mencurigakan di media sosial mahupun tawaran jualan yang begitu murah dan tidak masuk akal.

Selain itu, Maybank juga ada berkongsi tip-tip berguna untuk pelanggan melindungi maklumat peribadi perbankan mereka.

Jangan muat turun

Jangan memasang (install) atau muat turun sebarang aplikasi dan fail APK mahupun pautan yang mencurigakan yang dihantar kepada anda melalui SMS, WhatsApp dan lain-lain ketika anda menggunakan platform atas talian.

Jangan izinkan

Selain tip di atas, jangan memberikan keizinan untuk sebarang aplikasi dalam peranti anda untuk melihat dan menghantar SMS kepada anda.

Hal ini demikian, nombor TAC transaksi perbankan online akan dihantar kepada pengguna melalui platform SMS.

Jangan isikan

Pelanggan di luar sana diingatkan untuk tidak mengisi nama pengguna dan kata laluan anda pada mana-mana laman sesawang dan aplikasi yang meragukan.

Keselamatan dan privasi maklumat perbankan pelanggan mereka adalah sentiasa menjadi keutamaannya dalam apa jua perkara.

Sumber: bernama

Baca juga:

  • PPIM Lancar Aplikasi Kenal Pasti Perkhidmatan Mengelirukan Dan Bersifat Scam
  • “Pelayar Kami Adalah Yang Paling Selamat Berbanding Pelayar Lain” – Mozilla
  • Perkhidmatan Maybank Akan Tergendala Sementara Ahad Ini Kerana Kerja-Kerja Penyenggaraan Sistem

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress