Ramai pengguna aplikasi Maybank di media sosial sejak beberapa jam lepas mengadu mereka mengalami masalah untuk mengaksesnya.
Maybank di akaun Twitter kurang dari sejam lepas telah menghantar twit mengesahkan beberapa perkhidmatan mereka sedang mengalami gangguan. Antara yang terjejas ialah Maybank2u (web dan aplikasi), aplikasi MAE, perkhidmatan perbankan kaunter cawangan, ATM, Self Service Terminals (SST) dan penggunaan kad debit.
#MBBAlert Dear valued customers,
Kindly be informed that the following services are temporarily unavailable:
– Maybank2u web and mobile banking services
– ATMs and Self Service Terminals (SSTs)
– Branch banking
– Debit card usage— Maybank (@MyMaybank) January 17, 2022
Setakat percubaan kami menggunakan aplikasi MAE semasa artikel ini ditulis, ia masih dapat berfungsi seperti biasa awalnya namun secara tiba-tiba telah log out dengan sendiri. Kami cuba mendaftar masuk namun ia memberi notifikasi bahawa username atau kata laluan yang dimasukkan ialah salah walaupun menggunakan kata laluan yang betul.
Baca juga: