KEMAS KINI 6:15PM: Maybank memaklumkan ketiga-tiga aplikasi MAE, laman web Maybank2u dan aplikasi M2U kembali pulih dan dapat digunakan seperti biasa.
KEMAS KINI 4:58PM: Maybank memaklumkan bahawa aplikasi MAE dan laman web M2U kini dapat digunakan seperti biasa namun mereka sedang membaik pulih aplikasi M2U.
KEMAS KINI 11:45AM: Aplikasi MAE dan laman web M2U kini dalam mod penyenggaraan (maintainance), lantas menghalang pengguna daripada log masuk.
Ya, bukan peranti atau sambungan anda yang bermasalah tetapi aplikasi MAE dan laman web M2U memang sedang alami isu kelembapan.
Daripada percubaan kami sendiri, memang ada isu untuk akses akaun di MAE awal pagi tadi namun kini sudah kembali pulih.
#MBBAlert Dear Valued Customers,
Kindly be informed that we are experiencing intermittent slowness on our MAE app and M2U Web platforms. We apologise for any inconvenience caused.
(1/2)
— Maybank (@MyMaybank) July 25, 2023
Tapi, mungkin ada sebilangan pengguna masih hadapi keperlahanan ketika menggunakan MAE atau M2U versi laman web.
Maybank tidak menyatakan apa punca dan jangkaan waktu perkara ini akan selesai. Apa-apapun, kami akan kemas kininya dalam artikel ini secepat mungkin.
{suggest}
Sumber: Maybank