Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Maybank: Pembayaran JomPAY Hanya Boleh Disahkan Melalui Secure2u Bermula 6 Disember

Posted on Disember 4, 2022Disember 4, 2022

Maybank kini memaklumkan mulai 6 Disember 2022, pembayaran JomPAY hanya boleh disahkan melalui Secure2u.

Ini bermakna, pengesahan melalui SMS TAC bagi transaksi JomPAY tidak lagi akan tersedia.

Berikutan itu, pengguna disarankan untuk beralih ke aplikasi MAE bagi meluluskan transaksi JomPAY melalui Secure2u.

Sebagai tambahan, bermula tarikh yang sama, Maybank turut menambah ciri pengesahan Secure2u bagi transaksi pembayaran FPX. Sementara itu, pengesahan melalui SMS TAC bagi tujuan pembayaran FPX juga masih tersedia seperti biasa.

{suggest}

Maybank menyatakan langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya untuk meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian pengguna, sejajar dengan pengumuman terkini Bank Negara Malaysia untuk memerangi penipuan kewangan.

Cara Aktifkan Secure2u pada aplikasi MAE

1. Buka aplikasi MAE dan tekan “Secure2u” pada bahagian “Quick Actions” di halaman utama.

2. Tekan “Activate Now”.

3. Sahkan nombor telefon bimbit anda dan masukkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) yang diterima melalui SMS.

4. Masukkan nombor ID.

5. Sahkan nama peranti anda dan selesai.

Perlu diketahui, tempoh pengaktifan 12 jam akan dikenakan apabila pengguna mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE buat kali pertama atau mengaktifkan Secure2u pada peranti lain.

Sumber: Maybank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress