Pernahkah anda menerima panggilan dari “pegawai bank” atau “pegawai cukai hasil” untuk menyiasat identiti yang dicuri atau kad/pinjaman yang tidak wujud? Panggilan ini mungkin dibuat oleh ‘scammer’ dengan tujuan untuk mencuri maklumat anda, seperti butiran log masuk M2U.

Isu mengenai jenayah penipuan melalui panggilan dan SMS bukan lah perkara baharu. Saban tahun, kita dihidangkan dengan pelbagai laporan mengenai individu yang terpedaya dan menjadi mangsa penipuan siber.

Terkini, Maybank mengingatkan pengguna untuk lebih berhati-hati dengan penipuan melalui telefon. Dengan itu, berikut disenaraikan antara ayat yang sering digunakan oleh penipu untuk memperdaya mangsa:

  • You have a pending credit card payment
  • You are involved in a transaction related to drugs and money laundering.
  • We will transfer this call to a police officer for investigation.
  • A company has been registered under your name.
  • If this is not your credit card, your identity might have been stolen.
  • Due to MCO, your case will be investigated by a police officer through this phone call.
  • Please provide your username, password, and ATM card number for further investigation.
  • A bank officer is involved in your case. A representative from the bank will call you to verify your transaction.
  • Do not check your bank account and do not tell anyone about this call, including your family member, for at least 3 days.
  • Your bank account is frozen and being put under investigation by Jabatan Audit Negara.

Mungkin ada antara pengguna yang pernah mendengar atau menerima SMS dengan frasa di atas dan mengabaikannya.

Bagaimanapun, bagi yang telah pun mendedahkan maklumat peribadi kepada scammer, Maybank menyarankan pengguna untuk menghubungi pihaknya dengan kadar segera di talian 03-58914744.

Sumber: Maybank