Maxis kini mengumumkan pelantikan Tan Sri Mokzani Mahathir sebagai pengerusi baharu bagi menggantikan Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda yang telah meletakkan jawatan berkuatkuasa 22 April 2021.

Raja Tan Sri Arshad telah berkhidmat sebagai Pengerusi Maxis sejak ia disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2009. Dengan perletakan jawatan sebagai Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Arshad akan meneruskan perkhidmatan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Maxis.

Sementara itu, Tan Sri Mokhzani ketika ini mempengerusikan Jawatankuasa Audit dan Risiko Maxis dan anggota Jawatankuasa Pencalanonan dan Imbuhan serta Jawatankuasa Hal Ehwal Kerajaan dan Kawal Selia.

Beliau akan melepaskan peranan sebagai Pengarah Bebas Kanan serta Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Risiko Maxis selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Maxis pada 22 April nanti.

Sumber: Maxis