KEMAS KINI: Maxis di Twitter (@Maxis) mengatakan rangkaian mereka yang tergendala sejak beberapa jam lalu sudah kembali pulih secara berperingkat.
We would like to update our customers who were experiencing network disruptions earlier, that services are being restored gradually, and expect full restoration soon. We would like to once again thank our customers for their understanding and patience.
— Maxis (@Maxis) June 30, 2022
Ramai pengguna Maxis menyatakan keluhan mereka dengan rangkaian tersebut pagi ini.
Sesetengah pelanggan berkata bukan hanya sambungan internet tetapi panggilan juga tidak dapat dibuat.
Maxis di Twitter mengakui hal tersebut dengan memberitahu mereka sedang menyelesaikannya secepat mungkin.
Hai. Jangan risau, pasukan kami menyedari masalah ini dan usaha pembaikan sedang dilakukan untuk menyelesaikannya secepat mungkin. Kami mohon maaf atas kesulitan, mohon cuba untuk buka / tutup mod airplane dari semasa ke semasa. Tq-Day
— Maxis (@MaxisListens) June 30, 2022
Antara saranan dicadangkan ialah untuk memati dan menghidupkan mod airplane.
Melalui percubaan kami, rangkaian masih diterima namun semua kandungan terus loading.
Disoal tentang jangkaan masa diperlukan untuk rangkaian mereka kembali pulih, Maxis menyatakan mereka tidak ada jangkaan terperinci untuk itu.
Ini bermakna pengguna perlu terus bersabar.