Penyedia rangkaian telekomunikasi Malaysia telah mula menamatkan rangkaian 3G untuk wujudkan pengalaman kesalinghubungan yang lebih baik menerusi 4G.

Rangkaian 4G dapat memberikan kelajuan muat turun yang lebih pantas, pemuatan laman web dan strim video dan muzik yang lebih lancar.

Sehubungan itu, Maxis menerusi Kempen Balas Budi dengan 4G Maxis mendorong para pelanggan 4G untuk membantu keluarga dan rakan lain untuk turut sama menaik taraf rangkaian yang lebih pantas itu.

Menerusi kempen itu, Maxis menawarakan promosi menarik dan banyak tawaran penggabungan peranti, termasuk pelan Zerolution dan Pelan Peranti RM1 dengan komitmen bulanan yang berpatutan kepada pelanggan yang perlu naik taraf ke peranti 4G.

Penamatan rangkaian 3G sedang dibuat secara beransur-ansur oleh semua rangkaian 3G di Malaysia.

Dengan penamatan 3G, para penyedia perkhidmatan komunikasi akan meningkatkan kapasiti rangkaian 4G mereka dengan menaik taraf liputan, pengalaman jalur lebar dan perkhidmatan digital buat semua pengguna.

Sumber: Maxis

Baca juga:-