Penyedia rangkaian telekomunikasi Maxis Bhd mengumumkan bahawa mereka telah berjaya mengukuhkan liputan rangkaian 4G dan membina lebih daripada 150 tapak baharu selain menaiktaraf lebih daripada 5,500 tapak pusat pasaran utama di Semenanjung dan Malaysia Timur di bawah pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) tahun lalu.

Antara lokasi yang berjaya dinaik taraf kepada rangkaian 4G Maxis termasuklah 6 kampung di Kiulu, Tuaran Sabah yang menerima liputan 4G buat pertama kalinya pada tahun lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat itu hari ini, mereka menyatakan komitmen untuk terus mempercepatkan pengembangan liputan 4G ke kawasan luar bandar selain memperkukuhkan kualiti rangkaian mereka di kawasan bandar dan industri pada tahun ini.

4G coverage expansion is also being accelerated to rural and underserved areas as part of the USP projects, while strengthening Quality of Experience in urban, residential and industrial areas with upgrades to mobile sites in several states including Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sabah and Sarawak“. Maxis.

Selain kejayaan perluasan liputan 4G, Maxis juga memaklumkan servis rangkaian kabel optik berkelajuan tinggi mereka juga berjaya diperluaskan kepada lebih daripada 6,500 premis sepanjang tahun 2020 lalu.

Sumber: Maxis