Kita sebenarnya sudah menghampiri bulan-bulan akhir tahun 2021. Banyak telefon pintar baharu yang dilancarkan sehingga hari ini. Kini, Master Lu menyenaraikan 10 telefon Android paling berkuasa setakat separuh pertama 2021.

Berdasarkan senarai tersebut, tiga tempat teratas diduduki oleh barisan telefon gaming dimana tempat pertama adalah Black Shark 4 Pro dari Xiaomi. Kemudian ia diikuti ASUS ROG Phone 5 dan ZTE Red Magic 6 Pro.

Black Shark 4 Pro menerima skor sebanyak 938991, sementara ROG Phone 5 adalah 925589. Bagi memberikan hasil terbaik untuk Snapdragon 888, Black Shark 4 Pro menggunakan sistem penyejukan cecair multi-lapisan generasi kedua.

Seperti yang anda ketahui, cip Snapdragon 888 sememangnya mempunyai masalah suhu terlalu tinggi terutama apabila bermain permainan mudah alih.

Jika anda tertanya-tanya, Master Lu adalah platform penanda aras popular di China. Apa-apa pun, adakah anda bersetuju dengan senarai yang dikeluarkan itu?  Ini kerana Samsung Galaxy S21 Ultra dinobatkan telefon terbaik semasa acara GLOMO Awards 2021.

Sumber: gizmochina

Baca juga – Telefon Pintar Ini Dinobatkan Telefon Terbaik Untuk Tahun 2021

Baca juga – Aplikasi Android Bakal Guna Format Baharu, Tiada Lagi APK

Baca juga – Versi Beta Android 12 Adalah Yang Paling Banyak Dimuat Turun Dalam Sejarah Android