realme telah memperkenalkan maskot rasmi mereka iaitu realmeow beberapa minggu yang lalu. Kini, ia boleh dibeli mulai 1 Januari 2021 secara eksklusif di Shopee dengan harga RM429.

Namun, realmeow ini hanya terhad kepada 800 unit sahaja dan menjadikan ia sebagai edisi khas.  Mengingat kembali, maskot ini direka dengan kerjasama pengarah animasi terkenal dunia – Mark A.Walsh.

Bagi yang berminat untuk memilikinya, anda boleh membelinya melalui Shopee realme Malaysia pada jam 12am 1 Januari 2021.