Masihkah anda ingat akan telefon pintar Xiaomi Mi 2 dan Mi 2s? Kedua-duanya sudah mencapai usia 9 tahun pada hari ini. Ia juga antara perintis kepada permulaan jenama Xiaomi.

CEO Xiaomi, Lei Jun mendedahkan bahawa sehingga kini terdapat 184,000 individu yang masih menggunakan peranti tersebut.

Walaupun data tersebut agak mengagumkan tetapi tidak pasti sistem operasi apakah yang digunakan mereka, sama ada MIUI asli atau kustom.

Hal ini kerana usia peranti sebegitu diikutkan sudah tidak dapat menjalankan aplikasi-aplikasi yang ada masa sekarang.

Terdahulu, Lei Jun turut mengatakan sejumlah 2.15 juta pengguna yang masih menggunakan telefon pintar Mi 6.

Adakah anda pernah menggunakan peranti Mi 2 atau Mi 2s? Mengingat kembali, tahun tersebut boleh dikatakan era telefon pintar sudah mula rancak.

Sumber: Lei Jun

Baca juga –┬áMi 11 Ultra Berjaya Merakam Foto Bulan Dengan Jelas

Baca juga –┬áKamera Xiaomi Mi 11 Tak Setanding Telefon Andalan Lain