Sebelum ini telah dilaporkan tentang berlakunya gangguan rangkaian Celcom sejak bulan Julai lalu di beberapa daerah di 6 negeri iaitu Perak, Johor, Pahang, Sarawak, Terengganu dan Sabah.

Tetapi pihak Celcom telah pun berjaya membaik pulih isu rangkaian mereka itu secara berperingkat di mana isu rangkaian Celcom yang berpunca dari satelit Measat di Perak, Johor, Pahang dan Terengganu telah pun berjaya dipulihkan.

Tetapi sehingga kini masalah di daerah Sabah dan Sarawak masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya.

Celcom menyatakan isu liputan rangkaian mereka yang berlaku di 2 negeri tersebut hanya akan dapat dipulihkan pada 18 0gos 2021 ini.

Berikut adalah daerah-dareah yang terjejas sepertimana yang dinyatakan oleh pihak Celcom:-

Celcom menyatakan daerah yang terjejas dengan gangguan rangkaian mereka akan mengalami gangguan perkhidmatan suara, mesej SMS dan perkhidmatan data yang berpunca daripada masalah satelit Measat.

Sumber: Celcom

Baca juga: Posisi Satelit MEASAT-3 Berubah Punca Gangguan Siaran Astro

MEASAT-3 Perlukan Lebih Masa Untuk Distabilkan Semula Isyaratnya

Gangguan Perkhidmatan Celcom Di Beberapa Lokasi Di 6 Negeri Berlanjutan Sehingga 4 Julai

Gangguan Liputan Celcom Di 6 Negeri Kini Berlanjutan Sehingga Ke Bulan Ogos Pula