Selepas menghadapi masalah log keluar secara automatik pada Sabtu lepas, Facebook menjelaskan isu tersebut adalah disebabkan ‘perubahan konfigurasi’ dan telah pun dibaikpulih pada hari yang sama.

Terdahulu, isu tersebut bermula apabila aplikasi Facebook dilaporkan menghadapi masalah log keluar secara tiba-tiba. Tidak hanya di Malaysia, rata-rata pengguna global telah melaporkan masalah yang sama.

Sebagai tambahan, kebanyakan pengguna yang menghadapi masalah tersebut adalah mereka yang menggunakan aplikasi Facebook di peranti iOS.

Kesan daripada isu tersebut, ada pengguna yang menghadapi masalah log masuk semula akaun Facebook, gagal tetapkan semula (reset) kata laluan dan sebagainya.

Berikutan itu, Facebook menyarankan pengguna untuk merujuk pautan ini jika masih menghadapi masalah untuk log masuk.