Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

MAS Dan Firefly Tawar Diskaun Penerbangan, Memudahkan Rakyat Pulang Mengundi

Posted on Oktober 21, 2022

Sempena pilihan raya yang ke-15 semakin dekat, pusat penerbangan pasti akan dipenuhi dengan rakyat Malaysia yang akan pulang ke kampung halaman untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Dua syarikat penerbangan yang terkenal, Malaysia Airlines dan Firefly telah mengambil peluang dengan menawarkan diskaun untuk semua penerbangan domestik sempena pilihan raya kali ini.

Malaysia Airlines telah menawarkan diskaun sebanyak 20% untuk setiap penerbangan domestik daripada 11 November sehingga 27 November. Untuk tempahan pula selewat-lewatnya 19 November iaitu pada tarikh pilihan raya.

Untuk Firefly pula agak berbeza bagi tempoh diskaun serta tempahannya. Mereka menawarkan 24% diskaun untuk semua penerbangan.

Walau bagaimanapun, sebarang cukai atau caj tambahan tidak akan termasuk di dalam diskaun tersebut. Tempoh diskaun tersebut adalah bermula 1 November 2022 sehingga 30 Jun 2023. Untuk tempoh tempahan pula adalah sehingga 24 Oktober 2022.

Tiada sebarang pernyataan tambahan diperlukan untuk menerima diskaun berkenaan. Namun, harga untuk setiap tiket ini masih lagi dikira mahal walaupun sudah diberikan diskaun.

Malaysia Aviation Commision (MAVCOM) telah menyatakan akan memerhati harga-harga tiket penerbangaan berkenaan dan akan mula masuk campur sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal seperti kes-kes sebelum ini.

Sumber: Firefly, Malaysia Airlines

Gambar: Firefy, Malaysia Airlines

Foto utama: klia2info

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress