Kurang sejam sebentar tadi, Mark Zuckerberg menerusi akaun rasmi facebook miliknya mengumumkan penambahbaikan terhadap privasi dan keselamatan aplikasi WhatsApp dengan memperkenalkan pula pilihan ciri penyulitan mesej hujung ke hujung dalam aplikasi WhatsApps untuk pengguna yang mahu membuat salinan sembang mereka ke dalam storan awan Google Drive atau iCloud.

Mark Zuckerberg mendakwa, WhatsApp adalah aplikasi permesejan global pertama yang menawarkan ciri penyulitan hujung ke hujung bagi mesej dan salinan.

Tidak lama selepas ia diumumkan, hantaran Mark Zuckerberg itu telah menerima lebih daripada 90ribu respon dan tempoh 30 minit sahaja.

Ruang komen hantaran itu juga sudah dikomen oleh lebih daripada 17,000 pengguna facebook dari seluruh dunia.

Namun begitu, sebahagian besar daripada komen-komen pengguna bernada skeptikal dengan makluman Mark Zuckerberg itu.

Di ruang komen hantaran itu juga, Mark Zuckerberg memberitahu mereka menerbitkan kertas putih bagi membentangkan perincian teknikal tentang penawaran ciri penyulitan hujung ke hujung terbaru ini.

Sumber: FB Mark Zuckerberg