Apabila Nintendo melancarkan permainan Mario Kart Tour untuk Android dan iPhone tahun lepas, ia menimbulkan banyak persoalan. Antaranya adalah tidak menawarkan fungsi berbilang pemain dan juga hanya boleh dimainkan dalam mod potret.
Mod berbilang pemain telah ditambah pada bulan Mac, dan hari ini, akhirnya Mario Kart Tour kini boleh dimainkan dalam mod landskap. Anda kini boleh beralih antara potret dan landskap semasa bermain.
Here's a sneak peek at some of the content that's planned for the next #MarioKartTour update. Players will have the option of racing in either the existing portrait mode or the new landscape mode! Landscape mode includes a new control layout, so find your favorite way to play! pic.twitter.com/KchRRfnGtj
— Mario Kart Tour (@mariokarttourEN) July 20, 2020
Dilancarkan pada bulan September 2019, Mario Kart Tour menampilkan siri permainan perlumbaan go-kart popular pada telefon pintar.
Tidak seperti tetapan sebelumnya, kini anda tidak perlu menekan butang apa pun untuk mempercepatkan karakter anda dan hanya perlu klik skrin untuk menggunakan item. Selain itu, anda juga boleh menggeser jari ke kiri atau kanan atau mencondongkan telefon untuk anda kemudi karakter.
Baca seterusnya: LEGO x Nintendo – 2,646 Keping LEGO Replika Permainan Super Mario Bros