Jika anda tiada apa-apa perancangan menarik hendak dibuat pada hujung minggu ini bersama keluarga, apa kata anda mengajak anak-anak anda mengunjungi Zoo Taiping & Night Safari secara dalam talian pada hari Ahad, 11 Julai 2021.

Ini kerana Zoo Taiping & Night Safari akan menganjurkan sesi FB dan INSTAGRAM LIVE bersama para pengunjungnya secara dalam talian bermula jam 10.00 pagi pada hari tersebut.

Lebih menarik, sesi langsung dalam talian yang dinamakan sebagai “Online Now, Onsite Later” itu dibuat secara percuma kepada semua pengunjung yang merindui berkunjung ke zoo popular itu.

Untuk sesi online iru, pihak Zoo Taiping akan memfokuskan kepada haiwan Harimau Malaya. Pengunjung akan dapat mengikuti sesi secara langsung melalui atas talian termasuklah sesi memberi makan dan mengenali lebih dekat habitat haiwan tersebut.

Penonton akan ditemani oleh Dr. Kevin Lazarus, Pengarah Zoo Taiping & Night Safari melalui LIVE di FACEBOOK dan INSTAGRAM Zoo Taiping & Night Safari sepanjang sesi itu dijalankan.

Jadi, tetapkan masa anda bersama keluarga untuk kunjungan maya menyeronokkan ke Zoo Taiping & Night Safari pada hari dan masa yang dinyatakan.

Sumber: Zoo Taiping & Night Safari 

Baca juga: Jom Belajar Tentang Buaya Bersama Zoo Taiping & Night Safari Secara Dalam Talian

Aquaria KLCC Adakan Program Lawatan Sambil Belajar Secara Maya

Rasai Pengalaman Teknologi Realiti Terimbuh Di AquariaKLCC Bermula 1 Disember 2019