Wanita berumur 90 tahun bernama Margaret Keenan kini menjadi manusia pertama yang menerima vaksin untuk Covid-19 di United Kingdom.

Melalui vaksin jenis Pfizer, beliau menerima rawatan tersebut di Hospital Universiti di Coventry.

Program vaksin yang dijalankan UK menyaksikan 800,000 dos pertama vaksin Pfizer/BioNTech yang turut akan diedarkan bermula hari ini.

Program vaksin di UK juga mengutamakan golongan paling berisiko seperti warga tua dan juga staf kesihatan.

UK merupakan negara pertama yang mula menggunakan vaksin Pfizer ini setelah diluluskan penggunaannya minggu lepas.

Di Malaysia, kerajaan juga turut menggunakan vaksin jenis Pfizer/BioNTech ini. Mengikut jangkaan, penggunaan vaksin ini akan diedarkan pada suku pertama tahun 2021 hadapan.

Sumber: BBC