Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin hari ini telah melancarkan portal terbaru, MalaysiaBiz yang berfungsi sebagai pusat setempat bagi pendaftaran perniagaan dan permohonan lesen dalam talian.

Portal MalaysiaBiz yang dibangunkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bertujuan mewujudkan persekitaran yang mesra peniaga bagi menggalakkan lagi pertumbuhan aktiviti perniagaan.

Ia juga diwujudkan bagi memudahkan peniaga melaksanakan urusan pendaftaran dan pelesenan perniagaan mereka secara dalam talian. Sekaligus urusan-urusan pendaftaran perniagaan dilakukan dengan lebih pantas melalu satu portal sahaja.

Ia juga sebagai inisiatif berterusan pihak Kerajaan dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Antara fungsi-fungsi yang ada di portal MalaysiaBiz termasuklah:-

  1. Permohonan Lesen Baru
  2. Semak Status Lesen
  3. Permohonan Pembaharuan Lesen
  4. Permohonan Pindaan Lesen
  5. Permohonan Pembatalan Lesen
  6. Permohonan Cetak Semula Lesen

Untuk info lebih lanjut, layari laman https://malaysiabiz.gov.my/ms.

Sumber: MAMPU