Syarikat pengeluar cip pemprosesan terkemuka dunia, Intel memanfaatkan penggunaan tenaga solar di Malaysia apabila sumber tenaga bersih itu digunakan bagi membekalkan tenaga elektrik untuk 6 bangunannya yang terletak di Kulim, Kedah dan Pulau Pinang.

Penggunaan sumber tenaga bersih itu sekaligus dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida.

Ladang solarĀ  baru Intel di Malaysia meliputi kawasan menyamai hampir 900 ruang tempat letak kenderaan dengan tambahan sebanyak 50,208 kaki persegi di bahagian bumbung bangunan yang mampu menjana tenaga elektrik sebanyak 6,000 MWh setiap tahun.

Sekaligus menjadikan Malaysia sebagai negara yang memiliki ladang solar Intel terbesar di luar Amerika Syarikat.

Intel menyatakan komitmen mereka untuk terus memperluaskan projek tenaga baru dan cekap tenaga dalam usaha menangani perubahan iklim.

Intel juga mahu mengakhiri kebergantungan kepada sumber bahan api konvensional seterusnya memperluakan penggunaan tenaga hijau.

 

Sumber: Intel