Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba menyuarakan kebimbangannya berikutan Malaysia kini kekurangan pekerja berkemahiran tinggi dalam indsutri teknologi, khususnya teknologi baharu dan baru muncul.

Keadaan ini sekaligus menyukarkan negara untuk bersaing dengan negara-negara terkemuka lain dalam pekerjaan berkemahiran tinggi.

Beliau menyatakan, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 45 peratus bakat berkemahiran tinggi untuk bersaing dengan negara-negara tersebut seperti negara Luxembourg yang mempunyai 59.5% pekerjaan berkemahiran tinggi, Singapura 54.7% dan Switzerland 51.3%.

Beliau menekankan, adalah penting bagi pakar-pakar teknologi, juruteknik, ahli saintis dan penyelidik-penyelidik untuk menjadi pemain  utama dalam pembangunan tenaga dan kepakaran bagi meningkatkan kemahiran, produktiviti dan daya saing menerusi sains dan teknologi.

Sumber: Bernama