Buli siber merupakan satu keadaan di mana apabila seseorang menggunakan komunikasi elektronik atau digital untuk membuli seseorang yang lain.

Buli siber boleh berlaku melalui pelbagai cara seperti melalui e-mel, platfom media sosial, telefon pintar dan permainan internet.

Buli siber dilaporkan berlaku di seluruh dunia termasuklah Malaysia, Mangsa kepada buli siber pula kebiasaannya melibatkan kanak-kanak.

Menurut laman analisis Comparitech, Malaysia berada di kedudukan ke-6 daripada 28 buah negara dalam buli siber di peringkat global pada tahun 2018.

Kedudukan itu berdasarkan kepada peratusan kes buli siber yang dilaporkan oleh ibu bapa berlaku terhadap anak-anak mereka di mana Malaysia merekodkan sebanyak 23% laporan.

Kes buli siber yang paling banyak dilaporkan oleh ibu bapa adalah dinegara India iaitu sebanyak 37%. Diikuti Brazil 29%, Amerika Syarikat 26%, Belgium 25% dan Afrika Selatan sebanyak 26%.

Kedudukan itu juga sekaligus menjadikan Malaysia sebagai negara kedua yang paling banyak merekodkan kes buli siber di Asia.

Kredit: Cyber Security Malaysia

Bagi menangani isu buli siber yang semakin menjadi-jadi, banyak negara sudah pun mula menguatkuasakan undang-undang khusus berkaitan buli siber di negara mereka.

Di peringkat negara kita pula, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia kini dalam proses membentangkan undang-undang anti buli siber kepada Kabinet.

Tetapi salah satu bentuk buli siber iaitu mengutuk/memalukan rupa tubuh badan seseorang (body shaming) telah pun dinyatakn sebagai satu kesalahan jenayah di bawah Kementerian Kesihatan.

Tertuduh boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 233 (1) (b) Akta Kementerian Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Jika didapati bersalah, pesalah boleh didenda tidak lebih daripada RM50,000.00 atau dipenjara tidak lebih dari setahun atau kedua-duanya sekali.

Apa yang dapat disimpulakn adalah buli siber merupakan satu jenayah yang mana ia boleh menyebabkan penderaan fizikal  dan mental terhadap mangsa.

Oleh itu, sebagai sebuah masyarakat prihatin dan penyayang, rakyat Malaysia seharusnya berganding bahu dalam mendidik anak-anak dan mengekang aktiviti buli siber bagi mengekalkan kesejahteraan negara pada masa hadapan.

Sumber: Cyber Security Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Comparitech

Baca juga: