Speedtest baru-baru ini mengeluarkan laporan bulanan mereka terhadap purata kelajuan muat turun internet mudah alih secara global.

Berdasarkan data yang diperoleh setakat Jun 2021, Malaysia menduduki tangga ketujuh secara keseluruhan dalam negara ASEAN untuk purata kelajuan muat turun internet mudah alih.

Kelajuan sebanyak 26.03 Mbps itu menyaksikan peningkatan 1.71 Mbps berbanding Jun 2020. Namun, Malaysia berada di belakang negara jiran seperti Thailand (53.82 Mbps), Brunei (56.77 Mbps) dan Singapura (86.96 Mbps).

Jika hendak dibandingkan dengan global, Malaysia berada di kedudukan ke-89, turun 3 anak tangga berbanding bulan Mei 2021.

Sumber: Speedtest

Infografik: ASEAN in Numbers

Baca juga artikel berkaitan: