Malaysia belum ke arah untuk menggubal undang-undang bagi memastikan syarikat media sosial bertanggungjawab terhadap kegagalan menghapuskan maklumat salah dan palsu daripada platform, seperti yang dilakukan Australia.
{suggest}
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kerajaan akan mengadakan libat urus yang konsisten dan proaktif dengan penyedia perkhidmatan platform media sosial supaya sekiranya berlaku apa-apa isu pelanggaran, ia dapat diselesaikan dengan baik.
Ia memadai untuk menyelesaikan perkara sama ada berkaitan scammer, jenayah atau pelanggaran serta isu platform e-dagang menjual produk yang melanggar undang-undang.
Dalam pada itu, Fahmi berkata pihaknya masih menunggu maklumat daripada Kementerian Kewangan berkaitan sindiket penipuan perkhidmatan mengeluarkan wang tunai eBeliaRahmah daripada akaun e-dompet.
Sehingga kini, polis telah menerima 14 laporan berkaitan sindiket penipuan itu.
Sumber: BERNAMA