Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Makin Parah, Kali Ini Google Pula Kenakan Sekatan Pada Pengguna Rusia

Posted on Mac 10, 2022

Banyak syarikat besar seperti Apple, Samsung dan Microsoft  telah memberi sekatan terhadap penjualan produk dan perkhidmatan kepada Rusia. Kali ini, Google juga mengikuti langkah tersebut.

Google telah mengumumkan bahawa pengguna di Rusia selepas ini tidak lagi boleh membeli aplikasi, permainan mudah alih dan membuat langganan di Google Play Store. Gangguan sistem pembayaran ini akan memberhentikan semua bil Google Play di masa akan datang bermula hari ini.

Bukan itu sahaja, pembelian dan langganan  dalam aplikasi juga turut disekat. Ini bermaskud pengguna di Rusia tidak boleh membuat apa-apa transaksi melibatkan Google Play termasuk filem dan buku.

Jika pengguna masih dalam tempoh langganan, langganan tersebut tidak akan ditamatkan serta merta tetapi pengguna tidak boleh lagi membuat langganan baharu selepas tamat tempoh langganan tersebut.

Walau bagaimanapun, pengguna masih lagi boleh memuat turun aplikasi percuma dan semua aplikasi yang sudah dibeli. Kemas kini aplikasi juga masih lagi dibenarkan.

Sumber: 9To5Google

Baca juga:

  • Instagram Sembunyikan Jumlah Pengikut Pengguna Rusia Dan Ukraine
  • Dengan Menggunakan iPhone 12 Pro Max, Jurufoto Ini Menangi Hadiah Utama Mobile Photography Awards 2021
  • Nothing Akan Adakan Acara Pada 23 Mac Ini, Mungkin Lancar Telefon Pertama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress