Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Majlis Bandaraya: Skuter Elektrik Dilarang Atas Jalan Raya, Tiada Lesen Dikeluarkan

Posted on April 19, 2022

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) baru-baru ini dalam satu operasi khas telah mendekati pengguna dan menasihati agar tidak menyewa skuter elektrik untuk digunakan di atas jalan raya.

Sebuah mesyuarat antara pihak majlis bandaraya, JPJ dan PDRM telah diadakan bagi menangani isu tersebut.

Dalam pada itu, MBPP juga menekankan bahawa mereka tidak mengeluarkan sebarang lesen kepada pengendali untuk menyewakan kenderaan tersebut.

skuter elektrik pulau pinang
Sumber: MBPP

“E-skuter adalah dilarang di atas jalan raya dan ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kebiasaannya, e-skuter yang bersifat mikro mobiliti hanya digunakan di atas siar kaki awam atau satu kawasan yang diasingkan dari jalan raya,” jelas MBPP dalam satu kiriman di Facebook.


Berkuat kuasa 2021, penggunaan kenderaan elektrik ini atas jalan raya sudah diharamkan di Kuala Lumpur.

Menurut ACP Zulkefly Yahya, ia hanya dibenarkan di tempat yang digazetkan seperti di taman-taman permainan, kawasan pejalan kaki dan kawasan sekitar pusat beli-belah di ibu negara.

Baca juga:

  • 5 Tablet Terbaik Bawah RM2,000 Setakat April 2022
  • Ini Sebab Mengapa Anda Perlu ‘Restart’ Telefon Setiap Minggu
  • Ini Cara Buat Tuntutan mySalam Sehingga RM8,000

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress