Seperti biasa, Google sentiasa mengemaskini logo pada halaman utama di enjin cariannya setiap kali mempunyai peristiwa dan sebagainya.

Memandangkan sekarang demam Olimpik kembali, Google turut serta dengan memperkenalkan permainan Doodle yang dinamakan Doodle Champion Island Games.

Permainan interaktif ini mengambil tema sukan-sukan yang dipertandingkan di Olimpik berbentuk 16-bit dan terdapat tujuh “mini-games” yang anda boleh cuba seperti papan luncur, ping pong, memanah dan banyak lagi.

Anda akan bermain sebagai kucing ninja yang bernama Lucky dan akan berentap dalam permainan tersebut untuk menjadi yang terhandal.

Permainan yang dibangunkan STUDIO4°C ini sudah boleh dimainkan sekarang. Jadi, bagi menghilangkan rasa bosan pada hujung minggu, bolehlah mencubanya.

Sumber: Google

Baca juga artikel berkaitan: