Selepas Clubhouse berjaya memikat hati ramai pengguna sejak kebelakangan ini, makin banyak aplikasi lain yang ingin turut serta dalam menawarkan perkhidmatan sedemikian.

Jika Twitter akan hadir dengan Twitter Space, Xiaomi pula bakal menghidupkan kembali Mi Talk.

Kini, Clubhouse akan menerima satu lagi pesaing iaitu Instagram yang dikatakan sedang menguji ciri perbualan audio mereka yang tersendiri.

Menurut sumber, ciri ini membolehkan pengguna mencipta bilik audio (audio rooms) sendiri dan menjemput rakan-rakan lain untuk berbual. Walaupun begitu, masih belum didedahkan secara lanjut bagaimana audio rooms ini bakal berfungsi. Ciri ini mungkin akan ditawarkan tidak lama lagi.

Namun, sebagai pengguna Instagram, adakah anda berminat dengan fungsi perbualan audio ini memandangkan Instagram sedia ada hanya menawarkan perbualan berasaskan video.

Semenjak populariti Clubhouse meningkat naik, beberapa pembangun aplikasi lain sudah mula dilaporkan berjinak-jinak membangunkan ciri perbualan berasaskan audio. Antaranya ByteDance, yang merupakan pembangun TikTok dikhabarkan akan memperkenalkan aplikasi seumpama Clubhouse.

Sumber: @alex193a