Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maybank

Sebulan MAE ATM Cash-Out Dilancar, Satu Kesenangan Yang Harus Bank Lain Contohi

Posted on Jun 15, 2022Jun 15, 2022

Hampir genap sebulan sudah Maybank melancarkan ciri ATM Cash-Out pada aplikasi MAE mereka.

Melalui fungsi ini, anda hanya perlu bawa telefon ke ATM Maybank, buka MAE dan imbas kod QR yang terpapar pada skrin ATM.

Anda boleh baca di SINI untuk ketahui cara lebih lanjut untuk aktifkannya.

Ya, bukan hanya tidak perlu masukkan kad tapi juga tak perlu sentuh ATM langsung. Dua perkara yang anda sentuh hanyalah telefon anda dan duit yang akan dikeluarkan.

Daripada pengalaman saya yang sudah dua kali menggunakannya, ternyata sangat mudah prosesnya.

Dua lokasi ATM yang saya cuba ialah ATM Maybank di dalam D’Pulze dan Shaftsbury, Cyberjaya.

Selepas tempoh 24 jam saya aktifkan ciri ini di MAE dan mendapat SMS saya sudah boleh gunakannya, saya pun secara kebetulan yang berada di D’Pulze atas urusan “mesyuarat juta-juta” terus ke ATM berdekatan.

maybank mae keluar duit kod qr

Sampai saja di ATM, skrin tersebut terus memaparkan kod QR dan memberitahu ciri ATM Cash-Out di skrin.

Buka saja MAE, saya tidak tekan pada butang ATM Cash-Out tetapi terus ke butang dengan ikon QR di tengah-tengah yang sering digunakan untuk pembayaran melalui DuitNow.

Ya, ia masih dapat imbas kod QR tersebut dan teruskan urusan Cash-Out.

Masukkan saja jumlah duit yang saya mahu keluarkan, aplikasi pun mengimbas wajah untuk pengesahan biometrik. ATM beritahu wang sedang diproses.

Jika anda tidak mahukan pengesahan biometrik, masukkan saja passcode aplikasi MAE.

Bunyi “grrr” menyinggah pun lubang telinga, mengisi ruang lalu kepingan ‘”juta-juta” pun bersedia diragut untuk dibelanjakan pada urusan dunia.

Sedar tidak ada pilihan untuk mencetak resit, saya pandang skrin dan angguk, tanda faham urusan kami berdua sudah selesai.

@wisermy Nak cashout tapi tak bawak card? Takyah susah susah pakai smartphone je. #wiser #maybank #mae #cashout ♬ original sound – Wiser MY

Secara peribadi, saya sangat suka dengan ciri ini kerana memudahkan saya mengeluarkan tunai. Tambah pula jika terlupa bawa kad.

Saya faham, ada juga yang khuatir dengan soal keselamatan dengan mengatakan lebih mudah wang hilang dan lain-lain.

Sebagai pengguna, kita lakukan yang terbaik untuk mengukuhkan keselamatan akaun dan sentiasa berjaga-jaga apabila ada cubaan yang bersifat curiga.

Khas untuk konteks ATM Cash-Out, bagi saya tidak ada apa-apa yang terlalu bahaya kerana ia masih perlu pengesahan biometrik.

Dari segi kekurangan, mungkin pilihan cetakan resit akan diminta pengguna lain walaupun pada saya tidaklah satu keperluan.

Untuk waktu ini, belum 100% ATM di seluruh negara menyokongnya namun untuk senarai ATM yang mempunyai ciri ATM Cash-out ini, anda boleh klik di SINI.

Baca juga:

  • Tukar Kad Debit Maybank Dengan Pantas? Ini Senarai Cawangan Yang Ada Kiosk Layan Diri
  • Keluar Duit ATM Dengan Imbas Kod Jadi Ciri Baharu MAE, Ini Cara Aktifkannya
  • Waspada, Fungsi QRPay Pada Aplikasi M2U & MAE Rupanya Boleh Diakses Tanpa Pengesahan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress