Windows 11 baru sahaja diperkenalkan pada awal pagi tadi dimana ia adalah antara naik taraf terbesar pernah dilakukan oleh Microsoft.

Selain rekaan ikon baharu, permainan lebih baik serta sokongan aplikasi Android, seperkara lain yang sangat menarik dan memudahkan adalah “snap layout”.

Ketika Windows 10, pengguna perlu menarik tetingkap (windows) yang dibuka ke bahagian kiri atau kanan bagi mengaktifkan paparan multi-tugasan (multitask).

Namun, pada Windows 11, produktiviti jauh lebih sempurna dengan adanya “snap layout” dan “snap group”.

Walaupun macOS sudah hadir dengan fungsi “split view” atau kawalan gestur untuk multi-tugasan, ia tidak cukup memberi kepuasan.

Oleh itu, jika anda pengguna macOS dan ingin menguruskan tetingkap dengan “pro”, anda perlu memuat turun aplikasi lain.

Antara aplikasi yang popular adalah Tiles atau Magnet. Seperti Magnet, ia adalah aplikasi berbayar sebanyak RM34.90. Jadi, sebagai alternatif, aplikasi rectangle adalah yang terbaik.

Magnet

Bukan sahaja percuma, tetapi ia menawarkan pelbagai mod untuk pengguna menguruskan tetingkap.

Rectangle

Baca juga – 11 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Windows 11

Baca juga – Windows 11 Dilancarkan, Reka Bentuk Antaramuka Lebih Segar, Pelbagai Ciri Menarik

Baca juga – Jadi, Bilakah Anda Boleh Mendapatkan Windows 11 Untuk Komputer Anda?