Intel telah melancarkan barisan cip pemprosesan generasi terbaru mereka iaitu Intel Core Generasi Ke-11 bagi komputer riba.

Dalam usaha meyakinkan pengguna bahawa cip pemprosesan mereka adalah lebih baik berbanding cip pemprosesan M1 yang dibangunkan Apple untuk komputer riba Macbook, Intel menyatakan bahawa cip Apple M1 dalam Macbook adalah tidak setanding cip Intel Core Gen 11.

When compared to a PC with the 11th Gen Intel® Core™ mobile processor, the M1 MacBook features just don’t stack up.” Intel.

Tidak cukup dengan itu, Intel juga membandingkan pelbagai model komputer riba Windows yang dilengkapi dengan ciri skrin sentuh berbanding dengan Touch Bar yang ada pada model Apple Macbook Pro.

Malah Intel juga mendakwa, komputer Windows yang dikuasakan oleh cip Intel Core Generasi Ke-11 adalah 41% lebih pantas melakukan produktiviti atas talian.

Perbandinga adalah produktiviti atas talian dengan aplikasi Chrome.

Jadi, apa pendapat anda? Antara komputer riba Windows yang dikuasakan oleh Intel Core atau Apple M1 menjadi pilihan anda?

Sumber: Intel