MacBook Air terbaru yang dijana cip Apple M2 telah diperkenalkan secara rasmi bulan lalu.
Antara tumpuan utama model ini mestilah penggunaan cip M2. Ia hadir bersama MagSafe, paparan skrin bertakuk dan Retina.
Namun, yang kurang enak ialah harganya yang didapati lebih tinggi dan boleh dikatakan tidak mencerminkan identiti Air.
Rasmi di laman web Apple Malaysia, ia akan mula dijual untuk pasaran tempatan bermula Julai dengan harga RM5,499 dan RM6,699.
Empat warna tersedia ialah Midnight, Starlight, Space Gray dan Silver.
Tahun lalu, Macbook Air dengan M1 dijual RM4,399 dan ia masih boleh dibeli melalui platform sama.
Sumber: Apple Malaysia