Menurut Xda Developers, Xiaomi telah melepaskan kemas kini sekuriti versi 5.6.0 menerusi aplikasi Mi Security. Aplikasi tersebut yang sebelum ini menawarkan penjagaan bateri, tetapan pengecasan dan lain-lain. Kini ia memaparkan amaran penggunaan bateri dari pihak ketiga.

Mesej amaran itu juga menyatakan bateri harus ditukar ganti melalui kedai servis yang sah sahaja. Selain itu, ia turut akan memperlahankan kelajuan mengecas pada peranti.

Buat masa ini, ia terhad untuk pengguna Mi 9, Mi 10 dan Mi 10 Pro di pasaran China terlebih dahulu. Tidak mustahil Xiaomi akan berbuat demikian bagi pasaran global nanti.

Dua tahun lalu, heboh satu dunia apabila Apple berbuat demikian pada peranti iPhone dan Apple juga tampil menjelaskan ia adalah untuk keselamatan pengguna.

Adakah anda bersetuju dengan tindakan Xiaomi ini? Mungkin juga ini adalah langkah seakan Apple memandangkan Xiaomi mempunyai teknologi pengecasan yang amat pantas dan akan datang adalah sehingga 200W.

Sumber: XDA Developers

Baca juga: