Masihkah anda ingat satu ketika dahulu, satu jenama yang mengubah konsep peranti berkelas pertengahan. Mereka cuba mendefinisikan kembali bahawa telefon berkelas sebegini pun masih mampu menawarkan pengalaman yang baik kepada pengguna.
Peranti yang dimaksudkan ini adalah siri Redmi Note 10 di mana hadir dengan paparan AMOLED, spesifikasi yang cemerlang tetapi mengekalkan paras harga marhaen.
Oleh yang demikian, Xiaomi meneruskan lagi tradisi itu dengan membawa masuk dua buah lagi siri Redmi Note, iaitu Redmi Note 11 Pro+ 5G dan Redmi Note 11S 5G.
Siri ini pasti menjanjikan prestasi terbaik pada harga yang mampu milik serta akan menjadi pilihan pengguna di Malaysia.
Semua Mampu Pakai Telefon 5G Di Malaysia
Terdahulu, Xiaomi menawarkan 4 model dalam siri Redmi Note 11. Namun, sebelum ini hanya satu sahaja peranti yang hadir dengan rangkaian 5G.
Jadi kali ini, dua telefon Redmi Note 11 terbaharu tersebut didatangkan dengan sokongan 5G. Seperti yang diketahui, era 5G di Malaysia sudah pun bermula tahun ini di mana beberapa syarikat penyedia rangkaian mudah alih (MNO) ada yang menawarkan pakej 5G.
Untuk menggunakan rangkaian 5G, anda pun perlu menaiktaraf kepada peranti yang berkebolehan seperti itu.
Oleh itu, Redmi Note 11 Pro+ 5G dan Redmi Note 11S 5G ini masing-masing sudah tersedia menjadi peranti untuk tempoh jangka panjang bagi rangkaian 5G.
Hal ini kerana, Redmi Note 11 Pro+ 5G dikuasakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 920. Sementara Redmi Note 11S 5G pula dijana MediaTek Dimensity 810.
Melaluinya, tiada lagi alasan untuk anda kekal dengan peranti 4G yang sudah ketinggalan zaman kerana telefon 5G sudah mampu dimiliki pelbagai lapisan masyarakat.
Telefon Lebih Berkuasa Tapi Cekap Tenaga
Jangan pandang rendah terhadap cip pemprosesan MediaTek tersebut kerana ia sebenarnya cip 6nm. Ia sememangnya berkuasa dan paling penting cekap tenaga.
Bercakap tentang tenaga, Redmi Note 11 Pro+ 5G dilengkapi bekalan kuasa 4500mAh. Bukan itu sahaja, bateri sebesar itu disokong pula kelajuan mengecas sehingga 120W yang menjanjikan cas penuh dalam masa 15 minit sahaja.
Malah, ini kali pertama siri Redmi mempunyai teknologi pengecasan pantas setanding peranti ‘flagship’ Xiaomi yang lain.
Selain itu, paparan yang ada pada Redmi Note 11 Pro+ 5G ini pun puas kerana didatangkan dengan skrin seluas 6.67 inci AMOLED DotDisplay beresolusi FHD+ dan menyokong kadar segar semula 120Hz serta input sentuh 360Hz.
Bagi yang merasakan bateri model pro tersebut tidak cukup, anda boleh memilih Redmi Note 11S 5G kerana ia menawarkan bateri sebesar 5000mAh serta pengecasan pantas 33W. Dengan ini, anda tidak perlu pening untuk menggunakannya seharian.
Dari segi paparan pula, ia hadir dengan skrin 6.58 inci FHD+ Dot Drop dengan sokongan kadar segar semula 90Hz dan input sentuh 240Hz.
Oleh itu, kedua-dua peranti masih lagi menawarkan tatalan (scrolling) lebih lancar.
Kamera ‘Flagship’ Pada Harga ‘Mid-Range’
Tidak lengkap sebuah telefon pintar kalau kita tidak melihat pada kemampuan fotografinya bukan?
Barisan Redmi Note 11 terbaharu ini menjanjikan pengalaman ‘flagship’ pada harga ‘mid-range’.
Kepada anda yang mahukan kamera cantik tanpa perlu pecah tabung, Redmi Note 11 Pro+ 5G jawapannya.
Ia hadir dengan kamera utama 108MP dengan sensor Samsung HM2 serta dwi-natif ISO. Menerusinya, anda mampu mendapatkan foto beresolusi tinggi dan pada masa yang sama menikmati hasil yang lebih terperinci meskipun dalam pencahayaan yang kurang.
Tambahan lagi, peranti tersebut turut digandingkan dengan 8MP ultra lebar dan 2MP kamera telemakro. Dengan ini, anda tidak akan menghadapi masalah ketika mana mahu menyerlahkan kreativiti anda melalui kamera Redmi Note 11 Pro+ 5G.
Walaupun resolusi kamera Redmi Note 11S 5G tidak begitu besar tetapi ia mempunyai kamera utama sebesar 50MP. Ia dipadankan juga 8MP ultra lebar dan 2MP depth.
Memang Telefon Idaman Kalbu Bagi Yang Pentingkan Bajet
Sembang sudah kencang, spesifikasi berkuasa sana sini tapi berapa ‘pengerasnya’?
Jangan risau, seperti yang dah dinyatakan banyak kali bahawa siri Redmi Note 11 tetap dijual pada harga mesra rakyat. Tidak hairanlah siri ini mampu menjadi pilihan ramai orang dan terjual umpama pisang goreng panas setiap kali ia dilancarkan.
Buat makluman, Redmi Note 11 Pro+ 5G ini dijual pada tanda harga bermula RM1499 untuk varian 8GB+128GB. Manakala, Redmi Note 11S 5G pula RM999 bagi konfigurasi 6GB+128GB.
Namun, sempena kehadirannya buat pasaran tempatan, Xiaomi menawarkan diskuan RM100 bagi kedua-dua peranti di mana Redmi Note 11 Pro+ 5G boleh didapati serendah RM1399 untuk varian terendah. Sementara varian 8GB dengan storan 256GB pula berharga RM1499.
Bagi yang berminat, promosi Redmi Note 11 Pro+ 5G itu boleh dinikmati bermula 6 April ini secara dalam talian di Shopee dan Lazada. Manakala, Redmi Note 11S 5G akan tersedia di pasaran bermula 22 April depan. Tidak terhenti di situ, Xiaomi turut mengadakan Xiaomi Fan Festival Edition di mana Redmi Note 11 boleh didapati dengan harga hanya RM699 sahaja.
Anda boleh dapatkan peranti ini menerusi gedung dalam talian Xiaomi serta Shopee dan Lazada.
*Artikel Ini Dibawakan oleh Innity