Luno melancarkan kempen dinamakan Maju Bersama Luno dalam usaha meningkatkan lagi pemahaman rakyat Malaysia mengenai aset dan pelaburan digital sebagai sebahagian daripada inisiatif literasi kewangan.
Ia juga sebagai salah satu usaha Luno menggunakan pendekatan mendidik bagi menghapuskan salah tanggapan umum mengenai mata wang kripto.
Bersempena itu, Luno melantik dua atlet kebangsaan iaitu Pandelela Rinong dan Mohd Zaquan Adha sebagai duta jenama.
Antara inisiatif dijalankan Luno:
● Aplikasi Luno dalam Bahasa Melayu
● Kandungan tempatan
● Lebih banyak pilihan aset digital
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, ikuti Luno di Facebook.
Sumber: Siaran media Luno