Pada minggu ini, kelab bola sepak terkemuka EPL, Manchester United mengumumkan kelaborasi strategik global dengan pembangun semikonduktor telefon pintar, Qualcomm Technologies, Inc.
Kolaborasi ini bakal meletakkan jenama Snapdragon itu sendiri pada jersi yang akan dipakai oleh pemain-pemain MU pada musim depan.
Selain itu, ini adalah satu pengalaman baharu kepada semua peminat-peminat yang masih kekal menyokong kelab ini, walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi MU dalam musim-musim sebelum ini.
{suggest}
Manchester United juga menzahirkan rasa bangga melalui kerjasama ini dan fokus untuk menawarkan pengalaman terbaik kepada seluruh peminat MU melalui integrasi teknologi dalam kelab ini.
Untuk pengetahuan anda, selain Manchester United, Liverpool dan arsenal juga ada mengumumkan kerjasama strategik dengan firma teknologi gergasi global, Google.
Sumber: Manchester United
Gambar utama: NotebookCheck